12th Malaysian Road Conference & Exhibition 2024 and

5th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress

7 NOV 2024 – HARI TERAKHIR 12TH MRC & 5TH IRF DI WTC, KUALA LUMPUR
Majlis penutup bagi persidangan kali ini telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Tun Dr Ismail. Ucapan penutup telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Sejurus selepas ucapan penutup, telah diadakan penyampaian anugerah kepada pemenang bagi Anugerah Kertas Teknikal Terbaik 2024 dan Anugerah Reka Cipta Terbaik 2024 (MRC-IIE). Anugerah Kertas Teknikal Terbaik 2024 telah dirangkul oleh En Samsul Amir Jaharudin daripada K2 Bitumen Sdn. Bhd., manakala Anugerah Reka Cipta Terbaik 2024 (MRC-IIE 2024) pula telah dinobatkan kepada Universiti Putra Malaysia untuk produk ‘Concrete Eco-Patch’.
Secara keseluruhannya, terdapat 29 reka cipta yang menyertai anugerah MRC-IIE 2024 ini di mana 18 produk daripadanya telah diiktiraf sebagai pemenang pingat emas. Anugerah kepada pemenang pingat emas tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YBhg. Dato’ Ir Ibrahim bin Esa yang diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah LLM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pameran dan YBrs. Ir. Ts. Dr. Nadzrol Fadzilah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM merangkap Ketua MRC-IIE.
Syabas diucapkan kepada para pemenang. Adalah diharapkan agar usaha dan kejayaan ini memberi makna serta manfaat kepada para pengguna terutama dalam industri jalan/ lebuh raya.